Friday, 19 July 2013

Sakitnya menanti









kau yang bagi aku rasa kemanisan hari tu
tapi kau juga yang buat aku rasa pahit nya hari tu

silapnya aku sebab tak reti berhenti berharap
silapnya aku sebab masih nak menanti
silapnya aku sebab tak bole berpaling hati lagi
silapnya aku sebab tak tahu cari pengganti

tapi kau bodoh
dia bodoh

aku bagi peluang tapi kenapa
kenapa kau berdua bodoh tak reti hargai?!

oh aku lupa wanita solehah macam dia
tak reti bercinta,
oh bukan tak reti tapi tak mahu mengakui rasa

dan akhirnya
aku yang merana
tanggung sikap kau berdua

terima kasih sebab bagi aku rasa bahagia dan derita
terima kasih sebab buat aku semakin kuat
terima kasih sebab buat aku sedar betapa kuatnya rasa sayang antara kalian
terima kasih.

aku dah banyak kali cuba
tapi aku tak tahu kenapa setiap percubaan aku gagal
aku gagal sebab kau buat aku rasa peluang untuk cerah
tapi rupenya gelap gelita seolah olah dunia ni tak bercahaya

setiap kali air mata aku mengalir
aku akan rasa semakin kuat untuk bertahan
doa aku untuk "kita" tak pernah putus
sehingga aku benar benar jumpa pemilik tulang rusukku











Monday, 15 July 2013

Penat

berulang kali dah ia terjadi
banyak kali aku bertahan
dah penat pertahankan

aku dah terlampau penat.

maaf.

Tuesday, 25 June 2013

Dua Tahun



dua tahun lagi.
sila bersabar untuk dua tahun lagi tiara
kata orang,orang bersabar ganjarannya akan rasa bahagia yang melimpah
tapi itu kata orang bukan kata aku.
kalau dua tahun lagi bahagia yang datang cuma sesaat.
dengan pasti dan yakin tanpa menoleh ke belakang,aku akan terus melangkah.

ya itu janji aku.
mungkin tak sampai dua tahun aku akn terus melangkah pergi.
aku berjalan mengikut situasi.
apa mungkin aku akan terus berhenti dan bahagia
atau berjalan tanpa bahagia


Sunday, 19 May 2013

Wedding NorSaadah





Pelamin semalam.


pengalaman pertama pergi kawan nikah dekat masjid Muar.

dah lama plan nak g akak adah ni nikah n sanding.

Kak Adah ni aku kenal masa praktikal dekat hotel puaka aka MTH tu.

akk ni commis 2 dekat kitchen.




part ni memang kelakar 

sebab perantin lelaki xtau gaya apa dia nak cium dahi tu

sampai ade orang tu ketawa terbaring baring.

almaklum la malu malu meow lagi. haha



lepas nikah,kidnap kejap nak amik gambar 


lepas majlis berinai.

thanks akak n family sebab bagi peluang celet inai 

ade beras,ade santan kot,ade ape lg tah

seronok sangat !

first time buat. hehe 



time sanding.

aku pergi berdua je dengan nuar.

naik kenderaan asing2.

masa akak nikah ni tak ajak dia.

dah tu tacink katanyeerrrr

sorry bro !

bukan tanak ajak,tapi lupe nak bagitau. hihi

owh dia ni kawan mase aku tuition dekat Halaman Cemerlang dulu

lepas tu praktikal dekat hotel yang sama.

kira aku Maz Nuar and Kak Adah ni satu geng

masa kat MTH.

AND

ni first time g keja kawen dengan kawan lelaki.

at least tertunai jugak hajat ci budak ni

nak tengok akak sanding.

actually,hajat aku pon. haha

Maz takde sebab kerja kalau tak lagi meriah kebabom.

btw geng,ade masa kte lepak bertiga oke. 

yang penting... NUAR belanjaaaa....

wkakaka

to akak,selamat menjadi bini orang :)

da kawen tak bole majuk2 kak. hehe

panjang umur kite jumpa lagi.

next perantin,kita tunggu dan lihat la yer sape yang jalan dulu ;)





Tuesday, 14 May 2013

Dunia Si Gempal


Biar merana tapi tak terpisah
Biar kecewa tapi bersama
Biar terluka tapi masih setia
Biar remuk jantung janji berdua

Tapi itu dulu bukan sekarang
Dulu yang penuh harapan
kini tinggal harapan

mungkin dah acapkali aku bilang di sini
tapi acapkali jugak aku gagak bertahan
boleh kamu doakan aku?
supaya aku bertahan untuk tidak kembali berdua?

terima kasih kerana mendoakan
apa yang past itu kerja DIA yang menentukan

Ya Dia yang berkuasa.

sama sama kita nantikan
episod aku berakhir dengan suka atau pun duka
In shaa Allah aku takkan berhenti menulis
selagi hayat dikandung badan

persetankan manusia yang mengutuk,sebab dia tak mampu jadi seperti aku.
Ya seburuk mana tulisan aku
kamu masih membaca
kerna apa?
kerna perasaan ingin tahumu,tak begitu?

terima kasih daun keladi,tak suka baca jangan datang lagi


Tuesday, 7 May 2013

Tak Faham




aku seorang yang degil
aku seorang yang nakal
aku seorang yang susah nak dengar cakap
aku seorang yang keras kepala

aku boleh dengar kata
aku boleh dengar nasihat
tapi bukan dengan cara yang kasar
bukan dengan pukulan

aku perlukan teguran yang lembut
aku perlukan kata-kata yang mudah diterima
aku perlukan nasihat yang smooth spoken
aku perlukan kasih sayang yang ikhlas

kenapa manusia susah nak faham orang yang memberontak macam aku.\
kenapa manusia lain selalu tak pernah nak faham cara menasihati orang macam aku

kenapa?!



Sunday, 28 April 2013

RASA



Puisi aku untuk aku
juga untuk kamu

jangan persoal kenapa
jawapan nya tiada

aku hanya mampu
cipta semua ini

bila rasa itu,
rasa CELAKA
datang menghantui diri


# 15 APRIL 2013
# 2:10 am
#ReType
COPYRIGHT by Hamba Allah