Sunday 28 April 2013

RASA



Puisi aku untuk aku
juga untuk kamu

jangan persoal kenapa
jawapan nya tiada

aku hanya mampu
cipta semua ini

bila rasa itu,
rasa CELAKA
datang menghantui diri


# 15 APRIL 2013
# 2:10 am
#ReType

Celaka Si Gemuk



Malam aku tak lena
Malam aku penuh mimpi hina
kau tahu aku terluka?

Tak
Kau tak pernah tahu
Tapi kini biar aku bagitahu
Lena aku sedih tak berlagu!

CELAKA

Celaka yang hadir tak pernah henti
Aku mohon pada DIA yang satu
Kembalikan aku yang dulu,
Tapi aku tahu itu cuma mimpi
Mimpi yang takkan berlaku

Ah ! aku bodoh.

Ya,kata-kata kau benar 
Benar sekali !

Kebodohan aku,kebangangan aku,kesialan aku
Itu yang menCELAKAN DIRI AKU.

Ya,celaka yang aku cipta

# 15 APRIL 2013
# 2:04 am
# ReType


Aku Buntu




jangan cuba raih mimpi indah
tolong hentikan mimpi indah
jangan biar derita singgah
nanti kau terluka berdarah

biarkan derita berlalu
biarkan hati jadi batu
nanti kau tak nangis tersedu-sedu

sekat rindu dari bertamu
engkau takkan mampu
takkan mampu untuk menyatu.

kata hati tak menentu
jangan fikir engkau tak mampu
yakin pada diri Allah ada bersamamu



# 15 APRIL 2013
# 1:56 am
# ReType

Fatih SeferagiC , Pujaan Hati Hamba.




Assalamualaikum :)

hari nie aku nak kenal kan dengan korang pujaan hati aku.hikhik

tapi tetap tak bole gantikan Muhamad Musa aku la kan. hahaks

nama dia FATIH SEFERAGIC.

bukan lah boyfriend,pakwe,scandal or so whateva aku pon.

dia ni aku jumpa dekat youtube.

masa tu tengah search ayat al-quran 

nak dengar bacaan dari imam dekat Mekah.

terjumpa la dia ni.

first time dengar dia baca ayat Al-Quran

air mata ni mengalir.

merdu dan syahdu gila suara dia

buat hati ini tenang.



Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995

kemudian berpindah ke Amerika pada usia 4 tahun. 

Dia seorang Hafiz Al Quran di Baltimore. 




Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman. 

Beliau sekarang menetap di Baltimore. 





Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran 

dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore 

di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.






Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab.





Mudah - mudah akan lahir 'Fatih Seferagic' dikalangan kaum adam di Malaysia, Insyallah! 









sumber gambar : google image 


ni plak bacaan solat die yang aku dengar sampai mengalir air mata :')










Marah







awak mesej cakap awak lapa.

saya suruh awak pergi makan

awak tanak.

saya tau awak mesti nak makan lambat

saya risau awak sakit.

hari tu pon awak nak muntah sebab makan lambat.

awak pening.

saya tanak awak sakit.

esok kan awak nak exam

saya nekad la hantar makanan dekat awak.

saya tak peduli kalau kena marah bawak kereta sampai minyak abez.

asalkan awak makan tak lapa tak sakit.

tapi bila tengok muka awak tadi,

saya rasa sedih nak marah.

saya teringat kata kata awk

siapa di hati awak.

sebab tu la muka saya ketat. 

sebab tu la saya cakap macam marah

sebab tu lah saya tak tengok muka awak lama lama,

saya takut saya nangis.

sebab saya terlalu rindukan awak.

hmm

saya marah sebab sayang 

bukan benci.

harap awak faham kenapa saya macam tu tadi :'(







Saturday 27 April 2013

Salah Ke?





setiap apa yang saya buat

saya akan ingat awak

setiap apa yang saya makan

awak yang saya ingat

saya sebenarnya tak kuat nak pergi.

tapi terpaksa.

sakit,saya yang rasa.

salah ke keputusan saya?

saya nak pergi tapi aku takut kehilangan awak.

takut sangat

awak pembakar semangat saya

saya letih penat lelah

bila saya teringat kata kata awak

siapa di hati awak

siapa kesayangan awak

Ya Allah, mudahkanlah hatiku untuk selalu bersabar  :'|

Thursday 25 April 2013

S T O P








saya pergi.

saya tak cukup kuat untuk terus di sisi.

saya tak cukup kuat nak dengar semua tu lagi.

saya pergi bukan sebab benci

sebab saya sayang awak sangat.

sepenuh hati awak ada dia,

sepenuh hati saya ada awak.

kita sama.

menyayangi orang yang tak menyayangi kita.

macam macam cara saya cuba

macam macam doa saya minta

mungkin ni yang Dia dah takdirkan.

saya redha.

cukup sampai sini.

terima kasih tak terhingga.

saya bahagia kalau awak bahagia :') 


Manis ♥





mula mula bahagia tu singgah bila aku siap masak untuk dia.

rasa puas dapat masak untuk orang yang tersayang.

kedua bila tengok dia makan dengan penuh selera.

tak tau nak describe macam mana rasa tu.

korang try la masak untuk orang yang korang sayang.

mesti rasa macam aku rasa. hihi

tapi saat paling bahagia bila aku nak solat,

aku terlihat dia.dah banyak kali solat bersama

tapi tadi manis sangat.

 sebelum dan selepas solat aku terlihat dia.

tenang rasa hati ni.

aku nak lihat dia sebelum dan selepas solat aku,

untuk selamanya. in shaa Allah.

tak salah bukan kalau kita angan kan sesuatu yang baik?

terima kasih tak terhingga Ya Allah

Kau pinjam kan aku nyawa untuk merasai bahagia yang dah lama aku impikan :')




Tuesday 23 April 2013

Bahagia






minggu lepas minggu yang kritikal kot,rushing pergi kelas akaun. buat 5 quiz, 1 test,1 end of chapter. dari pukul 930 pagi sampai 545 petang aku bertapa kat kelas BK6 tu. gila tak gila lah kan. sampai ade yang tak boleh nak tulis nombor 5 dengan betul. aku dari pagi tak makan.minum n makan gula2 je. penangan akaun tu semua. habis kelas pecut balik rumah sewa. ambil beg baju,tukar tudung syria terus gerak pergi stesen bas MASAI. nasib ada bas sampai LARKIN,aku buat2 pekak tanpa menoleh penjual tiket yang umpama ceti haram mitak duit dekat depan pintu bas tingtong aku terus pergi dekat kaunter bas gagap a.k.a KKKL. nasib baik ada tiket. kalau x,nangis balik pasir gudang semula :'(

sepatutnya takboleh balik,sebab nanti ada kelas revision lagi. tapi sebab nak tolong orang tersayang aku balik jugak. tolong dia pindah barang dari rumah sewa ke rumah mak dia. then,sepatutnya jumaat lepas tu kiteorang pergi jumpa MEYIZ FARIEZA. exgirlfriend dia. sebab nak bagi MUG  tu. tapi tak jadi. sokey la kan.. tak penting sangat pong. mug tu pon masih selamat dalam simpanan aku. cuma untuk dua hal tu je aku balik. tapiiiii.....

sabtu lepas hari yang bahagia walaupun sakit.kenapa?? sebabnya aku sakit kepala yang teramat sangat.
bahagia kerana hari tu merupakan kali pertama aku jumpa abah dan adik dia.pengalaman manis yang tak boleh nak lupa sampai sekarang.bawa abah dia dari SEGAMAT ke SAGIL. neves , malu , semua ada.
and paling kelakar, bila terbawa kereta laju sangat,dia kat sebelah mesti bagi isyarat suruh perlahankan kereta. haha tapi sebenarnya takda la laju sangat pong...

sebelum sampai rumah sagil, aku,abah musa,and musa singgah makan roti canai kt depan shell sagil tu. ok malu lagi. sebab abah dia belanja.huehue *nanti saya dah kerja,saya belanja pakcik pulak ye ^_^
lepas makan terus g umah sagil.kat sana mak n adik dia da ade kat rumah. diorang baru balik rewang.tu kali ke dua aku pergi umah tu and jumpa mak dia.

actually aku selesa dengan family dia,tapi rasa malu tu tebal 34inci lagi. huhu .. berbual,makan minum sampai la mak dia balik dari yasinan malam tu baru gerak balik. Thanks to adik byda sebab buatkan akk air,nasi goreng and ayam goreng.sedap adik masak ;) nanti kita jumpa lagi oke? :)
rasa bahagia yang teramat ni buat aku sihat esoknya.

mohon Kau kekalkan rasa bahagia ini Ya Allah :') 


Sunday 14 April 2013

BUKAN








aku bukan tunggul yang takda perasaan

aku bukan kayu

aku bukan batu


AKU BUKAN !!!



Saturday 6 April 2013

KITA yang satu





kita cuba untuk berpisah

tapi kita masih bersama

kita cuba untuk membenci

tapi masih menyayangi

kita cuba untuk berjauhan

tapi masih dekat di hati

dah macam macam

kita cuba tapi kita masih berdua

berkawan bergaduh bergurau 

dan sebagai nya.

itu ISTIMEWAnya KITA.

dan untuk hari ini..

hari yang penuh gelak ketawa.

Terima Kasih daun keladi

esok kita jumpa lagi  






Monday 1 April 2013

Stress lah




S T R E S S

portfolio kena REJECT !

tiba tiba rasa ade sebeban gunung kat kepala.

terus call Mr.Musa

macam biasa adat kalau stress sejak dulu.

call Mr.Musa untuk bergaduh , bergurau , bermulut manis , dan sebagainya.

now aku dah lega. 

thanks awak 




COPYRIGHT by Hamba Allah