Sunday, 19 May 2013

Wedding NorSaadah





Pelamin semalam.


pengalaman pertama pergi kawan nikah dekat masjid Muar.

dah lama plan nak g akak adah ni nikah n sanding.

Kak Adah ni aku kenal masa praktikal dekat hotel puaka aka MTH tu.

akk ni commis 2 dekat kitchen.




part ni memang kelakar 

sebab perantin lelaki xtau gaya apa dia nak cium dahi tu

sampai ade orang tu ketawa terbaring baring.

almaklum la malu malu meow lagi. haha



lepas nikah,kidnap kejap nak amik gambar 


lepas majlis berinai.

thanks akak n family sebab bagi peluang celet inai 

ade beras,ade santan kot,ade ape lg tah

seronok sangat !

first time buat. hehe 



time sanding.

aku pergi berdua je dengan nuar.

naik kenderaan asing2.

masa akak nikah ni tak ajak dia.

dah tu tacink katanyeerrrr

sorry bro !

bukan tanak ajak,tapi lupe nak bagitau. hihi

owh dia ni kawan mase aku tuition dekat Halaman Cemerlang dulu

lepas tu praktikal dekat hotel yang sama.

kira aku Maz Nuar and Kak Adah ni satu geng

masa kat MTH.

AND

ni first time g keja kawen dengan kawan lelaki.

at least tertunai jugak hajat ci budak ni

nak tengok akak sanding.

actually,hajat aku pon. haha

Maz takde sebab kerja kalau tak lagi meriah kebabom.

btw geng,ade masa kte lepak bertiga oke. 

yang penting... NUAR belanjaaaa....

wkakaka

to akak,selamat menjadi bini orang :)

da kawen tak bole majuk2 kak. hehe

panjang umur kite jumpa lagi.

next perantin,kita tunggu dan lihat la yer sape yang jalan dulu ;)





Tuesday, 14 May 2013

Dunia Si Gempal


Biar merana tapi tak terpisah
Biar kecewa tapi bersama
Biar terluka tapi masih setia
Biar remuk jantung janji berdua

Tapi itu dulu bukan sekarang
Dulu yang penuh harapan
kini tinggal harapan

mungkin dah acapkali aku bilang di sini
tapi acapkali jugak aku gagak bertahan
boleh kamu doakan aku?
supaya aku bertahan untuk tidak kembali berdua?

terima kasih kerana mendoakan
apa yang past itu kerja DIA yang menentukan

Ya Dia yang berkuasa.

sama sama kita nantikan
episod aku berakhir dengan suka atau pun duka
In shaa Allah aku takkan berhenti menulis
selagi hayat dikandung badan

persetankan manusia yang mengutuk,sebab dia tak mampu jadi seperti aku.
Ya seburuk mana tulisan aku
kamu masih membaca
kerna apa?
kerna perasaan ingin tahumu,tak begitu?

terima kasih daun keladi,tak suka baca jangan datang lagi


Tuesday, 7 May 2013

Tak Faham




aku seorang yang degil
aku seorang yang nakal
aku seorang yang susah nak dengar cakap
aku seorang yang keras kepala

aku boleh dengar kata
aku boleh dengar nasihat
tapi bukan dengan cara yang kasar
bukan dengan pukulan

aku perlukan teguran yang lembut
aku perlukan kata-kata yang mudah diterima
aku perlukan nasihat yang smooth spoken
aku perlukan kasih sayang yang ikhlas

kenapa manusia susah nak faham orang yang memberontak macam aku.\
kenapa manusia lain selalu tak pernah nak faham cara menasihati orang macam aku

kenapa?!



Sunday, 28 April 2013

RASA



Puisi aku untuk aku
juga untuk kamu

jangan persoal kenapa
jawapan nya tiada

aku hanya mampu
cipta semua ini

bila rasa itu,
rasa CELAKA
datang menghantui diri


# 15 APRIL 2013
# 2:10 am
#ReType

Celaka Si Gemuk



Malam aku tak lena
Malam aku penuh mimpi hina
kau tahu aku terluka?

Tak
Kau tak pernah tahu
Tapi kini biar aku bagitahu
Lena aku sedih tak berlagu!

CELAKA

Celaka yang hadir tak pernah henti
Aku mohon pada DIA yang satu
Kembalikan aku yang dulu,
Tapi aku tahu itu cuma mimpi
Mimpi yang takkan berlaku

Ah ! aku bodoh.

Ya,kata-kata kau benar 
Benar sekali !

Kebodohan aku,kebangangan aku,kesialan aku
Itu yang menCELAKAN DIRI AKU.

Ya,celaka yang aku cipta

# 15 APRIL 2013
# 2:04 am
# ReType


Aku Buntu




jangan cuba raih mimpi indah
tolong hentikan mimpi indah
jangan biar derita singgah
nanti kau terluka berdarah

biarkan derita berlalu
biarkan hati jadi batu
nanti kau tak nangis tersedu-sedu

sekat rindu dari bertamu
engkau takkan mampu
takkan mampu untuk menyatu.

kata hati tak menentu
jangan fikir engkau tak mampu
yakin pada diri Allah ada bersamamu



# 15 APRIL 2013
# 1:56 am
# ReType

Fatih SeferagiC , Pujaan Hati Hamba.




Assalamualaikum :)

hari nie aku nak kenal kan dengan korang pujaan hati aku.hikhik

tapi tetap tak bole gantikan Muhamad Musa aku la kan. hahaks

nama dia FATIH SEFERAGIC.

bukan lah boyfriend,pakwe,scandal or so whateva aku pon.

dia ni aku jumpa dekat youtube.

masa tu tengah search ayat al-quran 

nak dengar bacaan dari imam dekat Mekah.

terjumpa la dia ni.

first time dengar dia baca ayat Al-Quran

air mata ni mengalir.

merdu dan syahdu gila suara dia

buat hati ini tenang.



Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995

kemudian berpindah ke Amerika pada usia 4 tahun. 

Dia seorang Hafiz Al Quran di Baltimore. 




Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman. 

Beliau sekarang menetap di Baltimore. 





Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran 

dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore 

di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.






Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab.





Mudah - mudah akan lahir 'Fatih Seferagic' dikalangan kaum adam di Malaysia, Insyallah! 









sumber gambar : google image 


ni plak bacaan solat die yang aku dengar sampai mengalir air mata :')










COPYRIGHT by Hamba Allah