Wednesday, 2 September 2015

SUNYI




Sunyi.
Sunyi bila kau yang selalu riuh rendah dengan kawan,tapi kau pilih untuk diam.
Perlahan-lahan keluar dari kelompok tersebut. Dan akhirnya kau sedar,tanpa mereka kau sunyi.

Sunyi.
Sunyi sendiri bila kita pilih untuk setia. Tapi sentiasa ditinggal tinggal kan.

Ah entah la. Aku cuma sunyi. 

Friday, 14 August 2015

Alhamdulillah


Lama aku menyepi dari dunia fantasi ni. Mungkin kerana aku dah berteman jadi aku tak perlu hidup dalam dunia aku yang sepi dekat sini. Yelah,sapa saje nak baca tulisan ni. Hanya aku.

Kau mungkin takkan percaya yang aku sekarang mampu hidup bahagia,teramat bahagia. Aku yang dulu penuh dengan luka celaka. Yang tak pernah mahu move on dari duka. Yang takut pada masa depan. Yang banyak cacat cela.


Banyak sangat perubahan yang aku alami, yang aku lalui sepanjang tempoh ni. Aku pegang kata-kata ni "Orang yang bersabar akan mendapat beribu ganjaran di akhir penderitaan." Syukur Alhamdulillah.


Positifkan diri. Ingat ALLAH. Solat dan Doa. In Shaa ALLAH kita akan dapat rasa kebahagian yang tak terungkap.


Tips : Istighfar sebanyak mungkin selepas solat, dan pada bila-bila masa.



Saturday, 23 August 2014

Hurt

Sana sayang sini sayang
Situ cinta sini cinta
Lepastu datang tagih kasih.
Pergi mampos !
Manis di bibir je tu.
Lepas ni kaki ku di bibir mu. Mau !!

Mood : nak pukul orang! Jangan berani datang kacau.

Wednesday, 20 August 2014

Kanser

Jangan terlampau memuji aku
Kelak kau akan mengeji
Jangan terlalu menyanjungi aku
Kelak kau akan menyesali

Titik titik hitam merebak macam kanser dalam hidup aku.
Baru tahun kedua aku rawat.
Aku jaga aku bersihkan aku cuba hapuskan.

Tapi masih tak mampu bunuh  segala sel itu
Ia tetap menjadi teman setia aku sampai akhir waktu.

Ya sampai akhir hayat.

#kanserakubukanpenyakit

Sunday, 15 June 2014

Kemalangan #2 Edisi #Tercampak

Tarikh 4 JUN 2014
Pengalaman eksiden kali kedua.
Kena langgar keta storm
Lepas sedar da terbaring atas jalan
Hanya mampu sebut Allah... sbelum terlelap.
Lepas ditepuk baru sedar.
Hm sakit nya Allah je yg tau.
Alhamdulillah tak patah pape
Tapi 2-3 ari pertama tulang rusuk sakit sangat2.
Kaki bengkak,tumit bisa.
Walaupun still sakit,aku gagahkan jugak diri g keja.
Part paling sedih ibu takda kt umah.
Sakit pedih sume tanggung sendiri.
Malam pertama tu tido dgn air mata.
Tak tahan menahan sakit
Hari kedua sibul siapkan tempahan coklat kak sofi.
Hari ketiga bawak keta pergi sagil.
Tp mok yg bwk dr umh die.
Aku tak tahan sakit pinggang nk drive.
Alangkan drive nk g umh die je pun da nk menangis rasa.
Hmm banyak sgt dugaan seminggu dua tu..
#update from HP

Wednesday, 28 May 2014

Saturday, 17 May 2014

Sejarah - Impian - Realiti






Allah uji sebab sayang. kan??

Biar sejarah jadi sejarah.
tak perlu ulangi sejarah itu..
cinta itu IMPIAN
dan tak semua impian akan jadi kenyataan.

sedarlah wahai haty.

Friday, 14 February 2014

Bila sebaliknya



bila mulut kata TIDAK
tapi hati kata sebalikya
Allahurobbi..
kuatkan aku.

dari satu mimpi ke mimpi yang lain
hanya Allah je tahu kenapa setiap kali
benda yang aku tak suka tau dan dengar dari die
aku akn terbawa bawa dalam mimpi.

sakit dada aku bila tersedar dari mimpi
hm 

Saturday, 14 December 2013

Bakal orang sebelah










Assalamualaikum bakal orang sebelah

Aku tak sempurna
Terima kasih kerna terima aku seadanya

Jangan berganjak pergi ya?

Aku perlukan tongkat untuk berjalan
Aku perlukan sayap untuk terbang

Apa kau bisa jadi sayap dan tongkatku??
Kalau bisa,tolong jangan pergi ya.

Friday, 13 December 2013

S O R R Y



MAAF

Takda kata selain maaf yang aku boleh cakap dekat kau

Kita bukan TUHAN nak menghukum,tapi sebab kita manusia biasa

Yang tak lari dari mengungkit,nanti.

Ya, nanti.

Nanti itu yang aku takut.

Sebelum ada kenangan seterusnya,lebih baik BERHENTI.

#serabutAH

Thursday, 12 December 2013















kalau la semudah ABC 123 + - % x = dah lama aku cerita. 
tak tahu la ni perasaan apa. kasih ke sayang ke cinta
kadang kadang keliru,susah hati fikir.
aku takut. takut gila. sempurna tu takda pada aku
memang bukan kesempurnaan yang di cari
tapi.. yang satu tu yang menjadi masalah.
Ya Rabb.. bantu aku. permudahkan segalan.
aku taknak menyakiti disakiti sesiapa lagi. hm 




















Wednesday, 4 December 2013

KITA yang DULU









Sekian lama aku selitkan dalam Al - Quran aku
Jadi penanda muka surat
Dah lama nak keluarkan. Dah lama
Dulu sayang, sekarang sayang jugak. tapi i should move on right?
Simpan dalam peti kenangan. No more #MuTiara
Redha
Im ok without u. Im fine
Aku dah bukak buku baru.
Buku lama kita simpan elok elok ya?
Doa dari jauh
Wish you all the best.













Tuesday, 3 December 2013

No Title


Sabar aku mungkin tak selamanya kukuh
adakala goyah dek kata kata cacian engkau

tangis aku tak selamanya bisa dipendam
adakalanya menetes kerana kau

aku mohon engkau beri aku ruang
dan peluang untuk aku selesa hidup tanpa bayang bayang engkau

aku penat 

Friday, 22 November 2013

Future









Kadang kadang ada benda yang menghalang untuk kita teruskan niat itu
orang lain takkan faham. hanya DIA yang tahu betapa peritnya apa yang aku lalui
tiba masa nya,lambat atau cepat. dan jika KAU yang tertulis untuk aku
aku akan cerita. ya, aku akan. 

Tuesday, 12 November 2013

Poly-Travel




Kursus Poly - Travel

11 - 15 hb November 2013

masih berjalan seperti biasa.

kalau rajin akan datang aku cerita.

sekian, hamsahamida :) 

Saturday, 5 October 2013

Cara Kau Sakitkan Aku



Kau IKHLAS berkawan
Kau kata aku take it seriously

Salah aku ke?

Salah aku ke
bila perlakuan kau macam beria

Aku memang nak move on
Terima Kasih sebab kau dah yakin kan aku untuk terus move on

Kau tanya aku,
salah ke cara kau?
kau tanya aku??

mane kau letak otak kau badigol?
lutut?

kau tanya runy kau tanya dila
diorang nampak cara kau
diorang tau,sebab kita berempat dulu
selalu bersama ke mana mana

kau fikir lah Muhamad Musa
fikir la sama ada cara kau betul ke salah

aku penat

Friday, 13 September 2013

Friday, 16 August 2013

Susah






susah rupanya nak maju ke depan bila kita dah gagal
susah rupanya nak berubah ke arah yang lebih baik
banyak dugaan bila nak berubah
kadang kadang aku mampu bertahan nak pandang ke depan dan teruskan perjalanan
tapi kadang kadang aku rasa tak mampu nak melangkah,apetah lagi toleh ke depan.
aku rasa macam tersekat dekat tengah tengah
aku tak nak ke masa lalu,aku takut nak ke masa depan
aku nak buat ape? aku tak tau.
aku LOSER
sampai bila bila pun. LOSER





Friday, 19 July 2013

Sakitnya menanti









kau yang bagi aku rasa kemanisan hari tu
tapi kau juga yang buat aku rasa pahit nya hari tu

silapnya aku sebab tak reti berhenti berharap
silapnya aku sebab masih nak menanti
silapnya aku sebab tak bole berpaling hati lagi
silapnya aku sebab tak tahu cari pengganti

tapi kau bodoh
dia bodoh

aku bagi peluang tapi kenapa
kenapa kau berdua bodoh tak reti hargai?!

oh aku lupa wanita solehah macam dia
tak reti bercinta,
oh bukan tak reti tapi tak mahu mengakui rasa

dan akhirnya
aku yang merana
tanggung sikap kau berdua

terima kasih sebab bagi aku rasa bahagia dan derita
terima kasih sebab buat aku semakin kuat
terima kasih sebab buat aku sedar betapa kuatnya rasa sayang antara kalian
terima kasih.

aku dah banyak kali cuba
tapi aku tak tahu kenapa setiap percubaan aku gagal
aku gagal sebab kau buat aku rasa peluang untuk cerah
tapi rupenya gelap gelita seolah olah dunia ni tak bercahaya

setiap kali air mata aku mengalir
aku akan rasa semakin kuat untuk bertahan
doa aku untuk "kita" tak pernah putus
sehingga aku benar benar jumpa pemilik tulang rusukku











Monday, 15 July 2013

Penat

berulang kali dah ia terjadi
banyak kali aku bertahan
dah penat pertahankan

aku dah terlampau penat.

maaf.

COPYRIGHT by Hamba Allah